Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi PELAJAR SEDIA ADA melalui Sistem Bantuan Orang Kurang Upaya (SisPO) bagi tahun 2025 akan dibuka mulai 18 Ogos 2025, jam 10.00 pagi hingga 18 September 2025, jam 11.59 malam.
Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi PELAJAR BAHARU SESI 1 2025/2026 boleh dimohon pada JANUARI 2026.
LATAR BELAKANG
Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan selaras dengan objektif bantuan ini yang bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang mengikuti pengajian di IPT.
CADANGAN ATAU PERTANYAAN Kementerian Pendidikan Tinggi mengalu-alukan cadangan dan pertanyaan berhubung bantuan ini.
MANUAL PENGGUNA SISTEM
Bil.
Perkara
Manual
1.
Manual Pengguna Sistem Pentadbir
2.
Manual Pengguna Sistem Pegawai
3.
Manual Pengguna Sistem Sekretariat
4.
Manual Pengguna Sistem Penyelaras BKOKU
5.
Manual Pengguna Sistem Penyelaras PPK
6.
Manual Pengguna Sistem Pelajar UA
7.
Manual Pengguna Sistem Pelajar IPTS
BANTUAN KEWANGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT
i. Pemohon perlu membuat permohonan dengan mengemukakan salinan dokumen yang dinyatakan dengan lengkap melalui sistem Penajaan OKU (SisPO).
i. Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;
ii. Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini;
iii. Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
i. Pelajar warganegara Malaysia;
ii. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
iii. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
iv. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau membiayai pengajian sendiri adalah layak memohon. Namun, pelajar yang mempunyai biasiswa lain tidak layak untuk mendapat BKOKU;
v. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam, Kolej Komuniti dan Politeknik atau IPTS di bawah seliaan KPT;
vi. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini;
vii. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya semasa melanjutkan pengajiannya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pengajian di IPT kerana keistimewaannya, elaun khas ini tidak akan dipanjangkan kepada beliau;
viii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian);dan
ix. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU hendaklah memaklumkan perkara tersebut secara bertulis kepada pihak kementerian dan institusi pengajian sebelum tarikh lapor diri di tempat pengajian baharu. Walau bagaimanapun, tempoh bantuan kewangan adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi. Pelajar yang memohon pelanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak menerima bantuan kewangan ini bagi tempoh pelanjutan tersebut, memandangkan tempoh tajaan adalah mengikut surat tawaran asal.
i. Kadar bantuan kewangan di bawah BKOKU ialah RM3,100 (satu semester = 6 bulan) untuk semua mod, peringkat dan institusi pengajian.
ii. Maklumat Pembiayaan:
MOD PENGAJIAN
JENIS PEMBIAYAAN
ELAUN WANG SAKU
Sepenuh Masa / Separuh Masa / Dalam Talian / Jarak Jauh
Pinjaman Pelajaran / Pembiayaan Sendiri
RM3,100 / Semester
1
Sijil Asas / Sijil
2 Tahun
(Kolej Komuniti dan Politeknik) (Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM12,400.00)
2
Diploma
3 Tahun
(Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM18,600.00)
3
Sarjana Muda
4 Tahun
(Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM24,800.00)
4
Diploma Lepasan Ijazah
2 Tahun
(Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM12,400.00)
5
Sarjana
2 Tahun
(Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM12,400.00)
6
Ph.D
4 Tahun
(Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM24,800.00)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK)
Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT
i. Pemohon perlu membuat permohonan dengan mengemukakan salinan dokumen yang dinyatakan dengan lengkap melalui sistem Penajaan OKU (SisPO).
ii. Hanya Invois Asal yang perlu dimuatnaik melalui Sistem Penajaan OKU (SisPO).
i. Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.
ii. Senarai Institusi dan Nama Program yang Terlibat:
Bil.
Institusi
Nama Program
1.
Politeknik Ungku Omar
Sijil Khas Pembinaan
2.
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal
3.
Politeknik Kota Kinabalu
Sijil Khas Operasi Katering
4.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Sijil Khas Operasi Katering
5.
Politeknik Ibrahim Sultan
a. Sijil Khas Operasi Katering
b. Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen
c. Sijil Khas Reka Bentuk Grafik
6.
Kolej Komuniti Selayang
Sijil Asas Kulinari
Pelajar OKU yang mempunyai kod DD atau DE (Pendengaran sahaja) di Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih.
i. Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :
RM 4260 / Semester 1 sahaja; dan
RM 3960 / Semester 2 hingga 4
2 Tahun
Lokasi :
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Bahagian Biasiswa,
Unit Pra Perkhidmatan,
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.